Ahad, 21 September 2008

Sambutan Memperingati Nuzul Al-Quran



Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya telah mengadakan Majlis Memperingati Nuzul Al-Quran, Khatamal-Quran dan Berbuka Puasa pada hari Sabtu, 19 Ramadhan 1429H / 20 September 2008M bertempat di Masjid RPN Kg. Mentiri bermula pukul 3.45 petang. Tahun ini Jabatan Penerbangan Awam telah dipilih untuk mengelolakan majlis tersebut.

Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Awang Haji Abu Bakar bin Haji Apong Menteri Perhubungan. Juga hadir ialah Pemangku Setiausaha Tetap Awang Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof.




Sebelum majlis Khatamal Quran dimulakan, majlis penyampaian wakaf berupa 10 buah kipas angin telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Pehin Menteri Perhubungan kepada Masjid RPN Kg. Menteri yang telah diterima oleh Tuan Imam Masjid RPN Kg. Menteri. Juga hadir menyaksikan penyampaian wakaf tersebut ialah Ketua Kampong RPN Kg. Mentiri, Pengarah-Pengarah Kementerian Perhubungan, Ketua-Ketua dan Timbalan-Timbalan Ketua Jabatan dibawah Kementerian Perhubungan dan Pegawai-Pegawai Kanan dari Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya.




Majlis pada hari tersebut juga telah diselitkan dengan satu ceramah khas sempena memperingati Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah, Yang Mulia Ustaz Haji Anwari bin Haji Rawee.




Selepas ceramah majlis berbuka puasa diadakan dan menunaikan solat Fardhu Maghrib berjemaah dan seterusnya menikmati jamuan, juga diadakan di masjid yang sama.



Isnin, 15 September 2008

Unschedule Visit by His Majesty The Sultan to Brunei International Airport.


Unforgetable moment at the Brunei International Airport. His Majesty The Sultan unschedule visit to Brunei International Airport was greeting by the Director of Civil Aviation, The Deputy Minister and Permanent Secretary, Ministry of Communications.


Pegawai dan Kakitangan Jabatan Penerbangan Awam menjunjung kasih di atas kebrangkatan Duli Tuan Ku Bercemar Duli bagi mendekati dengan terperinci kemudahan-kemudahan yang terdapat dan ketidak selesaan yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. We do hope that, there will be alot and alot of changes after His Majesty Visit. May Allah Bless and Long Leave His Majesty....

lightning

Sembahyang Sunat Terawih




" Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak pernah melebihi sembahyang pada bulan Ramadhan dan tidak pula pada bulan lainnya dari sebelas rakaat", jestru ini, kita boleh memilih untuk melakukan sembahyang Tarawih sebanyak 8 atau 20 rakaat diikuti dengan 3 rakaat sembahyang Sunat Witir. Wallahuaklam.

Kelebihan melakukan amal ibadat dan berpuasa di Mekkah dalam Bulan Ramadhan akan melebihi pahala apabila kita melakukannya di Negara kita...... Amat beruntunglah bagi mereka yang dapat melakukan umrah di bulan mulia Ramadhan Al Karim.... Insyallah satu hari saya dan keluarga akan ke sana jua, mohon doa moga Allah s.w.t akan memurahkan razeki dan menyihatkan untuk menemui Baitullah Al Haram... Amin

Ahad, 14 September 2008

Baru Nak Berjinak-Jinak....

Assalamualaikum, Selamat melayari blog saya.

Saya baru nak berjinak-jinak mengongsikan informasi yang dapat saya kongsikan bersama abiskita untuk pengetahuan kitani bersama. Semoga blog ini dapat sedikit sebanyak menjadi titipan ilmu pengetahuan yang berguna dan bermanfaat untuk dikongsikan bersama.