Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya telah mengadakan Majlis Memperingati Nuzul Al-Quran, Khatamal-Quran dan Berbuka Puasa pada hari Sabtu, 19 Ramadhan 1429H / 20 September 2008M bertempat di Masjid RPN Kg. Mentiri bermula pukul 3.45 petang. Tahun ini Jabatan Penerbangan Awam telah dipilih untuk mengelolakan majlis tersebut.
Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Awang Haji Abu Bakar bin Haji Apong Menteri Perhubungan. Juga hadir ialah Pemangku Setiausaha Tetap Awang Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof.
Sebelum majlis Khatamal Quran dimulakan,
majlis penyampaian wakaf berupa 10 buah kipas angin telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Pehin Menteri Perhubungan kepada Masjid RPN Kg. Menteri yang telah diterima oleh Tuan Imam Masjid RPN Kg. Menteri. Juga hadir menyaksikan penyampaian wakaf tersebut ialah Ketua Kampong RPN Kg. Mentiri, Pengarah-Pengarah Kementerian Perhubungan, Ketua-Ketua dan Timbalan-Timbalan Ketua Jabatan dibawah Kementerian Perhubungan dan Pegawai-Pegawai Kanan dari Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya.
Majlis pada hari tersebut juga telah diselitkan dengan satu ceramah khas sempena memperingati Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah, Yang Mulia Ustaz Haji Anwari bin Haji Rawee.
Selepas ceramah majlis berbuka puasa diadakan dan menunaikan solat Fardhu Maghrib berjemaah dan seterusnya menikmati jamuan, juga diadakan di masjid yang sama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan